Tuesday, 19 December 2017

Family Day di Chalet Kampung Nelayan 3 Segari, Perak

pada 16 dan 17 hb dis yg lepas satu family day keluarga opah rokiah telah kami lakukan di chalet kg nelayan 3 segari perak.
pemilihan tempat dilakukan oleh abg ipar yg menetap di manjung. pemilihan lokasi ini kerana beberapa faktor antaranya ialah boleh memancing dan ada kolam renang/ mandi utk kanak-kanak.
utk sampai ke lokasi ini amatlah mudah. dari ipoh terus menuju ke jambatan bainun menghala ke taiping, kemudian selepas melalui jambatan bainun masuk ke simpang kiri jalan masuk swiss garden damar laut resort. dari simpang tu terus je masuk kg  sehingga jumpa signboard chalet kg nelayan 3 dan masuk simpang kanan.. kalau terus je akan sampai ke damar laut. masuk simpang kanan lalu jalan tar dlm ladang kelapa sawit sampai la chalet,. kira chalet tu last jalan la.. jalan mati.. ada jeti nelayan hujung jalan tu.
jeti nelayan dari chalet .. sebelah je..

secara kasarnya chalet ini saya bagi 3 bintang dari 5 bintang... 
chalet ini sangat ada katil yang cukup utk menempatkan satu keluarga kecil tidur.. ada aircond.. bilik mandi shower.. tandas duduk.. peti ais mini.. kain tuala dan sabun juga disediakan..
persekitaran bersih luar dan dalam chalet..
sangat sesuai utk yg minat memancing... jika anda ambik chalet ini boleh mancing sampai check out..
lokasi ini terkenal dengan siakap putih.. umpan terbaik udang idop..

chalet ini ada menyediakan tempat utk bbq yg diperbuat dari batu.. siap ada jaring dah.. tinggal bawa arang dan makanan utk bbq..
ada kolam mandi utk kanak2 .. masa kami kesini chalet ini nampak macam sedang dinaik taraf.. 














































hangpa layan je la gambar.. taktau nak tulis apa dah..
kami mancing cuma dapat ikan bulan 8 eko.. byk yg lucut masa nak didaratkan..
kira ok la chalet ni ..
kelemahan chalet ni cuma byk lalat.. kalo nak dtg sini bwk makanan sebaiknya beli siap2 pelekat lalat...  taktau mana datangnya lalat  tu.. mlm takde dah.. 



utk makluman saya main casting n micro jig je kat lokasi ni.. sbb target nak cari siakap putih,, abg ipar bottom dan pelampung udang idop.. dua2 teknik bulan tibai..

2 comments:

  1. Asalam..blh bgi no fon nk booking bilik...di mn lokasi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. 0174424206
      Loc. Segari, area teluk senangin

      Delete